Tuesday, 16 August 2016

5 Jenis Kain Untuk Membuat Tshirt

5 JENIS KAIN UNTUK MEMBUAT TSHIRT.. .

1. Cotton 100%
Kain jenis ini adalah kain yang mendapat sambutan yang paling menggalakan kerana dapat meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi sesetegah kain ini mempunyai masalah cepat melebar (scretch/shrinkage)

2. Tetra Cotton (TC 26)
Jenis kain ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Kebiasaan yang order kain jenis ini adalah pelajar sekolah rendah atau tadika yang ingin buat hari sekolah atau hari keluarga. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh.

3. CVC/Lacoste
Kain jenis ini adalah campuran Tara polyester Dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC. Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.

4. Micro Fiber
Kain jenis ini amat selesa dipakai. Kebiasaan kain ini digunakan untuk hari sukan Dan aktiviti luar termasuk jersey bola. Kain ini tidak meresap peluh Dan juga menyebabkan terasa cepat panas. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste Dan juga Cotton.

5. Cotton Interlock
Cotton Interlock adalah kain yang mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah kerana kain jenis ini jenis tebal tetapi lembut Dan tidak panas. Sesuai dipakai didalam Dan luar bangunan. Biasanya orang yang mementingkan keselesaan Dan kualiti akan memilih kain jenis ini.


No comments:

Post a Comment