Tuesday, 23 August 2016

3 JENIS TEKNIK PRINTING TSHIRT

1. Silkscreen



Menggunakan sutera saring (mesh) sebagai alatan utama. Kerja-kerja penyediaan mesh, block, warna dan perkakasan lain agak rumit sebelum proses cetakan bermula. Ianya memerlukan ruang yang agak besar dan tenaga yang banyak. Kebaikannya Boleh cetak apa sahaja fabrik seperti cotton, microfibre, polyester dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk mencetak baju dalam kuantiti yg banyak (10 keatas). Warna yang digunakan juga tidak terlalu banyak, Maksimum 3 atau 4 warna cetakan. Contoh baju yang dicetak seperti baju rewang, baju kelas dan baju kumpulan.. .


2. Heatpress




Kaedah ini 100% menggunakan mesin khas iaitu heatpress. Sesuai dengan nama, kaedah ini menggunakan dua terman utama iaitu heat (kepanasan) dan press (tekanan). Menggunakan sticker khas yg dicetak, kemudian dilekatkan pada baju dan tekan menggunakan mesi heatpress, gambar yg dicetak pada sticker khas akan dipindahkan kepada baju. Heat press boleh dicetak minimum 1 helai baju. Namun, untuk mencetak baju dalam kuantiti banyak, kos lebih mahal berbanding Silkscreen.

Kaedah ini sesuai untuk design seperti gambar sendiri atau design full color.

3. Mesin DTG




DTG adalah singkatan kepada Direct To Garment. Printing jenis ini merupakan teknik yg paling sesuai untuk design jenis gmbar dan mempunyai tone warna. Ianya akan memberikan kesan efek yg lebih jelas dan lebih menarik. Ianya menggunakan satu mesin khas yg menggunakan ink jenis inkjet. Ianya boleh mencetak apa saja warna yg ada pada design, anda tidak perlu membuat block warna seperti silk screen, tetapi kosnya sangat tinggi berbanding dengan silkscreen. Jika ingin print sehelai dua, adalah lebih baik mengunakan DTG sahaja, kerana ia adalah lebih mudah dan cepat.




No comments:

Post a Comment